Wednesday, 7 November 2012

Hadas kecil

Bersuci ialah membersihkan diri daripada najis dan hadas pada diri, pakaian dan tempat dengan tujuan untuk beribadah
Hadas terbahagi kepada 2 iaitu
1.    Hadas besar
2.    Hadas kecil
Perkara yang akan dibincangkan ialah hadas kecil
Perkara yang menyebabkan kita berhadas kecil adalah seperti berikut:
1.    Keluar sesuatu dari hadapan dan belakang ( dubur dan qubul) iaitu seperti najis berak, kencing, angin dan darah.   Selain daripada itu tidak membatalkan wuduk.   Menurut Imam Malik, perkara-perkara yang jarang keluar melalui kemaluan itu tidak membatalkan wuduk.
2.    Tidur.   Tidur juga membatalkan wuduk, Sabda Nabi Muhammad SAW, mata adalah pengikat punggung (dubur) sesiapa yang tidur hendaklah ia berwuduk semula ( Riwayat Imam Ahmad  dan Ibnu Majah dan Ali r.a).   Menurut Imam Syafie, tidur yang membatalkan wuduk ialah tidur dengan cara yang tidak tetap papan punggungnya, seperti mengiring kerana dikhuatiri keluar angin dengan tidak sengaja.
3.    Hilang akal.   Hilang akal ini kemungkinan disebabkan dalam perjalanan, gila, pitam atau memakan ubat yang memabukkan.   Hal seperti ini telah disepakati oleh ulama’, mabuk seperti tidur, tidak sedarkan diri.
4.    Bersentuhan antara lelaki dan perempuan ajnabi atau muhrim.   Ajnabi bermaksud lelaki dan perempuan yang halal dinikahi.
5.    Menyentuh zakar atau faraj tanpa berlapik tapak tangan.   Sabda Nabi Muhammad SAW, barang sesiapa yang menyentuh kemaluannya janganlah ia menunaikan solat sehingga ian berwuduk semula. ( Riwayat Imam Ahmad at Tarmizi an Nasai, Abu Dawud dan Ibnu Majah dari Busrah binti Safwan dan hadis ini hadis Soheh.
6.    Murtad.   Murtad ialah orang yang mengakui dirinya telah keluar dari Islam samada dengan sengaja atau tidak sengaja.   Apabila ia mengucap dua kalimah syahadah maka hendaklah berwuduk.
Orang yang berhadas kecil tidak boleh melakukan perkara-perkara tersebut
1.    Solat.  Bukan dinamakan solat jika sedang berhadas kecil atau tidak sah solat seseorang tanpa wuduk
2.    Tawaf.   Mengerjakan tawaf di Baitullah, iaitu dikerjakan kertika musim haji dan ketika menunaikan umrah.   Sabda Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya tawaf mengelilingi Baitullah (kaabah) adalah solat dan hendaklah dikurangkan bercakap.   Riwayat Imam Ahmad dan an Nasai
3.    Menyentuh atau membaza al-Quran.   Untuk membacanya tidak wajib berwuduk.   Para ulama’ mengharuskan kanak-kanak menyentuh al-Quran tanpa wuduk dengan tujuan untuk belajar tetapi lebih afdhal mengambil wuduk.
Cara menyucukan diri dari hadas kecil ialah dengan berwuduk
Rukun wuduk ada 6 perkara
1.    Niat
2.    Membasuh muka
3.    Membasuh tangan hingga ke siku
4.    Menyapu sebahagian air ke kepala
5.    Membasuh kaki
6.    Tertib